Showing posts with label NEWS ALIN. Show all posts
Showing posts with label NEWS ALIN. Show all posts

Wednesday, November 20, 2013

PRODUK BERACUN!!!

Orang Awam dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik seperti tersenarai di bawah. Produk-produk tersebut telah didapati mengandungi bahan larangan, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers serius.

Produk seperti tersenarai di bawah tidak lagi dibenarkan diimport/ dikilang/ diedar/ dijual di negara ini dan Pihak Berkuasa  telah mengarahkan supaya semua stok produk berkenaan di keluarkan dari pasaran.

Acrena Pure Herbal Papaya Soap

Aveana Night Revival Cream

Blemished Skin Ampoules

Cellnex Anti-Sensitive Essence Treatment

FIGURE UP

Golden Horse B&W Cream - GH902-1

Natural 99 Day Cream

Natural 99 Night Cream

SF Beauty Day Cream (Facial)

SF Beauty Night Cream (Facial)

NB Natural Beauty White Complex

Madu Adunan Herba

Majun Taufiq Dua Istimewa

Majun Dua Istimewa


LAIN-LAIN :

SS Pearl Cream
SS Vita C Night Repair
Tabita Skincare Smooth Lotion
Tabita Skincare Daily Cream
Sta-lions



Tuesday, January 15, 2013

UJIBAKAT & SERTAI UPIN & IPIN

Kepada yang ingin menjadi PELAKON TEATER UPIN & IPIN THE MUSICAL (MUSIM 2), jangan lupa sesi uji bakat akan diadakan pada 19 hb Januari 2013 (Sabtu) di Istana Budaya. Uji bakat terbuka kepada yang berumur 6 - 18 tahun. Mestilah Pandai menari, berlakon dan menyanyi. Pendaftaran bermula dari jam 8.30 pagi hingga 12 tengah hari. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi talian 03-61866592 atau 017-XXXXXXX... Elok telefon nombor pejabat 03 tu ye...


Kalau nervous, tak tahu apa yang akan ditanya pada ujibakat tu nanti, silalah dapatkan DVD Upin & Ipin the Musical (Musim 1) di semua cawangan KFC sekarang!!! Produksi nak cari pelakon yang macam dalam DVD tu lah. DVD boleh dibeli dengan harga RM10.60 bagi Ahli Chicky Club dan RM11.90 untuk bukan ahli. Untuk membeli DVD berkenaan, perlulah membuat pembelian Chicky Meal dahulu. Dapatkan yang ORIGINAL!!!


Pelakon yang terpilih nanti akan bersama terlibat dalam Upin & Ipin the Musical yang bakal dipentaskan pada 12 - 21 April 2013, di Panggung Sari, Istana Budaya.



ADA LAGI!!!! Peluang untuk menyertai Team Produksi Upin & Ipin!!


Kepada anda yang berminat dan berbakat dalam penulisan skrip serta memenuhi kriteria yang ditetapkan, bolehlah menghantar :

1. Resume
2. Contoh skrip

ke email :

jobs@lescopaque.com

atau melalui pos ke alamat :

LES' COPAQUE PRODUCTION SDN BHD.
NO. 1, JALAN BOLING PADANG G13/G
SEKSYEN 13
40100 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN

Selamat Berjaya!!!

Alin Xiaojie.



Friday, October 12, 2012

MISI 33 SELANGOR DAN AZAM KELANTAN


Dah lama Alin tak update blog. Tiba-tiba rasa nak update blog tentang bola pulak. Takpe naaa..... 

Kali ini Alin nak cerita mengenai debaran SEPARUH AKHIR KEDUA PIALA MALAYSIA 2012 antara SELANGOR dan KELANTAN di Stadium Shah Alam jam 8.45 malam ini. Pada perlawanan separuh akhir pertama 6 Oktober lalu, kedua-dua pasukan ini bermain di Stadium Sultan Muhammad ke IV, selaku KELANTAN sebagai tuan rumah. Malam ni tiba giliran SELANGOR menerima kunjungan KELANTAN. Secara imbas, SELANGOR melayakkan diri ke separuh akhir selepas menewaskan pasukan JOHOR FC manakala KELANTAN menewaskan pasukan FELDA UNITED. Okey sekarang mari kita tengok rekod pertemuan antara Selangor dengan Kelantan di bawah ni :

Rekod pertemuan antara Selangor dengan Kelantan

Pada rekod pertemuan perlawanan antara SELANGOR dan KELANTAN sebelum ini, KELANTAN lima kali menang, seri sekali dan kalah sekali dengan SELANGOR bermula dari tahun 2011. KELANTAN dilihatkan sebagai pilihan untuk layak ke perlawanan Akhir Piala Malaysia 2012. Lebih-lebih lagi KELANTAN dikatakan pasukan paling konsisten sepanjang musim ini ditambah dengan kejuaraan Liga Super dan Piala FA. Manakala untuk ke pentas final, Red Giants perlu memperbaiki beberapa kelemahan bagi memastikan Misi 33 selangkah bakal menjadi kenyataan. Cuma satu aje... Alin tak suka benarlah sikap Jurulatih Selangor, IRFAN BAKTI ABU SALIM yang kadangkala bila bercakap macam orang BONGKAK. Tapi... mungkin itu sudah cara dia... dan mungkin sikap BONGKAK itu lah yang telah berjaya membawa SELANGOR sehingga ke peringkat SEPARUH AKHIR PIALA MALAYSIA. Apapun tahniah pada IRFAN BAKTI kerana keazaman untuk memastikan SELANGOR mencapai misinya hanya tinggal satu cabaran sahaja lagi. 

Kesimpulannya, pasukan manakah akan bertemu ATM pada perlawanan akhir PIALA MALAYSIA 2012 nanti? Adakah SELANGOR berjaya memadamkan defisit satu gol dimiliki KELANTAN dan mara setapak lagi bagi mencapai misi 33 sekaligus menamatkan kemarau enam musim gagal menjulang piala berprestij ini??? Atau KELANTAN yang sudah selesa berbekalkan kemenangan 1 - 0 pada perlawanan tempoh hari??? Jawapannya hanya selepas 90 minit perlawanan malam ini.


P/S : Adoi!!! Nak sokong SELANGOR ke KELANTAN ni??? Hajat hati nak sokong SELANGOR sebab bos kecik orang SELANGOR lagipun dah lama SELANGOR tunggu nak julang PIALA MALAYSIA ni... tapi big bos besar pulak orang KELANTAN!!!  Ayo yo!!! Susah-susah sebelum debaran ni membuatkan den rasa macam nak gugur jantung, eloklah malam ni den layan DVD Hindustan, tengah malam karang baru tengok keputusan... hehehe!!! Boleh gitu???!!! Haih! Ontahlah... Rasanya kena layan jugak bola malam ni... walaupun "Jang" dah kata "Musuhnya habis ke Final"... huhuhu!!!


Alin Xiaojie



Monday, July 30, 2012

Olimpik 2012 kemuncak teori konspirasi?

Sekadar ingin mengetahui pendapatan anda....

Sukan Olimpik London 2012 baru sahaja membuka tirai Jumaat lalu, di mana Britain sekali lagi diberi penghormatan untuk menganjurkan temasya berprestij itu.

Majlis pembukaan turut diadakan dengan gilang-gemilang dan disaksikan lebih satu bilion penonton di seluruh dunia.

Penganjur memilih untuk mengetengahkan majlis perasmian yang penuh dengan kejutan termasuk kemunculan Ratu Elizabeth II diiringi oleh James Bond (aktor Daniel Craig).

Bagaimanapun, di sebalik kemeriahan itu, beberapa maklumat yang boleh diperoleh menerusi YouTube berpendapat Sukan Olimpik 2012 tersebut adalah kemuncak bagi segala teori konspirasi yang direncanakan oleh Illuminati (pertubuhan Yahudi terbesar di dunia yang bergerak secara rahsia tanpa diketahui siapa menganggotainya). (Rakaman ada di akhir berita ini.)


Binaan segi tiga di sekeliling Stadium Olimpik juga didakwa menyerupai piramid dalam logo Illuminati.

Illuminati dikatakan bergerak secara terancang dan telah menguasai hampir 80 peratus pelosok dunia.

Pertubuhan rahsia itu juga telah menguasai pelbagai aspek termasuk ekonomi, politik dan pendidikan dengan menerapkan pemikiran Illuminati yang dirancang sejak lebih 300 tahun lalu.

Sebagai contoh logo 2012 yang diperkenalkan pada Jun 2007 didakwa menelan kos sehingga 400,000 pound (RM2 juta) itu turut memaparkan maksud tersembunyi yang menjadi perkataan Zion (Zionis) serta lambang swastika (Nazi) jika ia disusun semula.

Logo 2012 ini jika disusun semula akan menjadi perkataan Zion (Zionis).

Petunjuk dan maksud tersembunyi tersebut dikaitkan dengan Freemason, sebuah lagi pertubuhan rahsia Yahudi mempunyai matlamat sama seperti Illuminati.

Aspek lain dalam Olimpik London yang mempunyai pengaruh Illuminati adalah dua maskot bermata satu diperbuat daripada logam digelar Wenlock dan Mandeville.

Maskot Wenlock (kiri) dan Mandeville ini juga dikatakan menyerupai dajjal.

Sesetengah pihak mungkin menganggap kedua-dua maskot tersebut seperti watak animasi filem Monsters, Inc. tetapi jika diamati dengan teliti ia sebenarnya menyerupai dajjal yang diketahui sebagai makhkluk bermata satu.

Kedudukan mata maskot tersebut turut dikaitkan dengan lambang mata satu (all seeing eye) iaitu mata yang melihat semua  yang terdapat dalam puncak segi tiga simbol Illuminati.

Sebagai contoh, pada bahagian atas kepala Wenlock yang kononnya direka sebagai teksi di London juga sebenarnya menunjukkan lambang segi tiga piramid dalam logo Illuminati.

Selain itu, beberapa pemerhati turut mempertikaikan reka bentuk Stadium Olimpik London yang telah meraih Anugerah Institut Arkitek Diraja Britain 2012 (Riba).

Mereka mendakwa binaan segi tiga di sekeliling stadium itu menyerupai piramid separuh siap lambang Illuminati walaupun arkitek firma Populous itu, Philip Johnson menyatakan idea reka bentuknya menandakan era baru dalam acara sukan.

Seperti apa yang dipaparkan menerusi YouTube, mungkinkah akan berlaku satu lagi kejadian dahsyat seperti serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Amerika Syarikat?

Ini kerana, ada beberapa peristiwa yang terdapat pada 330 kad permainan Illuminati tersebut telah benar-benar berlaku sebelum ini, sekali gus membuktikan teori konspirasi sememangnya sudah lama wujud walaupun kad tersebut dikeluarkan pada 1995.

Ada pengguna YouTube membuat kajian mereka sendiri berdasarkan fakta yang boleh diterima akal.

Dan, mereka menganggap salah satu kad tertera perkataan Combined Disasters (gabungan bencana) adalah kemuncak bagi teori konspirasi ini.

Salah satu kad, Combined Disasters (gabungan bencana) dalam permainan Illuminati ini dikatakan bakal menjadi kemuncak teori konspirasi.

Rancangan jahat yang didalangi oleh agen Illuminati dan Freemason ini sebenarnya bertujuan untuk mencapai matlamat One World Government (satu kerajaan dunia) dengan melaksanakan dasar Novus Ordo Seclorum (Pemerintahan Dunia Baru).

Pertubuhan itu kini bertapak dengan kukuh di Amerika Syarikat (AS) dan melaksanakan pelbagai konspirasi yang berlindung di sebalik undang-undang serta hanya memberi keuntungan kepada sekutunya.

Situasi ini dapat dilihat dengan jelas dalam Kongres AS, yang mana kebanyakan ahlinya terdiri daripada bangsa Yahudi dan keseluruhan dasar negara Barat itu turut menyokong sepenuhnya segala keputusan Israel terutamanya jika ia berbentuk penindasan terhadap orang Islam.

Adakah ia hanya kebetulan? Atau sememangnya telah dirancang dengan teliti oleh pertubuhan rahsia Yahudi ini?

ALLAH telah berfirman dalam Surah al-Baqarah, ayat 120;
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad SAW) sehingga engkau menurut agama mereka (yang terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka) sesungguhnya petunjuk ALLAH (Islam) itulah petunjuk yang benar.”


Sumber : SINAR HARIAN & YOUTUBE


Alin Xiaojie : sekadar bertanya "Kenapa Sukan Olimpik ni diadakan pada Bulan Ramadhan?"





Monday, April 23, 2012

MUET RESULT SESI MAC KHAMIS INI



Menurut Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), keputusan Malaysian University English Test (MUET) bagi Sesi Mac tahun 2012 akan dikeluarkan pada Khamis ini iaitu 26 April 2012.

Calon yang mendaftar di sekolah atau institusi boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah atau institusi masing-masing mulai pukul 10 pagi manakala calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos.

Calon boleh menyemak keputusan ujian mereka menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip MUET RESULT dan hantarkan ke 15888, mulai pukul 12:01 tengah malam 26 April 2012 dan melalui sistem dalam talian dengan melayari portal MPM iaitu http://www.mpm.edu.my mulai pukul 9 pagi pada tarikh tersebut.

Sementara itu, calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET dengan bayaran RM70 dan tarikh tutup rayuan semakan itu ialah pada 3 Mei 2012.

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman web MPM : www.mpm.edu.my


Sekian,

Alin Xiaojie

Sumber : BERNAMA

Friday, March 9, 2012

NAK ENJOY KE NAK KERJA???

Apa khabar semua!!! Macamana perubahan blog Alin ni??? Ok tak??? Sebenarnya tak siap lagi... banyak yang nak diubah... banyak yang nak ditokok tambah dan pelbagai lagi lah... walau tak siap lagi blog ni... update tetap update ye tak... :) Apa pula cerita kali ni??? NAK ENJOY KE NAK KERJA??? Ha... kali ni Alin nak cerita tentang taman hiburan merangkap peluang pekerjaan. Tentu semua dah tahu Taman Tema Legoland Malaysia yang pertama akan dibangunkan di Johor. Ada ke masih tak tahu? Takpe-takpe kita ulang cerita ye... ASTRO Beyond pun boleh ulang cerita, takkan Alin tak boleh ye tak... hehehe...

Gambar sebelah ni lebih kurang ler rupa taman tema tu apabila siap dibina pada tahun 2013 nanti. Ini adalah salah satu daripada tiga taman antarabangsa yang dirancang bagi negeri Johor, di bawah projek pemangkin yang akan dipacu oleh  Iskandar Investment Bhd (IIB) dalam pelan induk pelancongannya. Dan merupakan taman tema Legoland keenam di dunia selepas Britain, Amerika, Jerman dan Denmark. Ia dibangunkan di atas kawasan seluas 31 hektar dan akan menempatkan permainan menyerupai struktur kepingan Lego yang disasarkan kepada kanak-kanak berusia dua hingga 12 tahun. Turut menempatkan pelbagai binaan bangunan dan kenderaan mini, watak kartun, manusia dan haiwan yang diperbuat daripada 30 juta kepingan Lego.

Kiranya bila dah siap nanti, boleh ler mak bapak bawak anak-anak kecil bercuti sambil berhibur di taman ni. Tak perlu risau mana nak tinggal sepanjang berada disini, sebab akan ada kemudahan hotel, resort, runcit, hiburan dan kedai makanan serta minuman bertaraf antarabangsa. Ini seperti yang dimaklumkan Pengarah Urusan IIB, Arlida Ariff.

Selain itu, apabila Legoland mula beroperasi nanti, sebanyak 950 peluang pekerjaan akan ditawarkan terutama kepada warga tempatan. Wah!!! ok jugak ek kepada mereka yang minat sangat mencari kerja di tempat-tempat seumpama ini. Kalau yang dah berkeluarga tu, anak-anak pi sekolah, mak bapak pulak hari-hari enjoy di Legoland ni... hahaha!!! Kata Ketua Pegawai Eksekutif IDR Resorts, Zainal Ashikin Muhammad Rejab, tahun ini sahaja, 50 pekerja profesional akan dilantik bagi menyelesaikan urusan praoperasi. Manakala baki 900 lagi akan dilantik tahun depan menjelang perasmian taman tema itu nanti. Antara peluang pekerjaan yang ditawarkan seperti pekerja penyenggaraan, penyelia permainan, renjer taman tema, penghibur dan pekerja di bahagian peruncitan dan restoran. Apa lagi!!! yang minat dan yang nak saja cuba-cuba cepat-cepatlah pi mohon ye.

Sekian dulu dari Alin, bye bye!!!


Sumber : BERNAMA dan UTUSAN MALAYSIA


Alin Xiaojie



Wednesday, February 1, 2012

Panggung Sabtu Februari 2012

Apa khabar semua, lama tak update blog. Kurang sihat. Tapi dalam tak berapa sihat ni, sempat lagi layan hiburan. Video bawah ni antara filem-filem hindustan dalam Panggung Sabtu sepanjang Februari 2012, iaitu:

4 Feb - Bas Ek Pal
11 Feb - Kuch Kuch Hota Hai
18 Feb - I Hate Luv Storys
25 Feb - Sangam

Anda semua kalau nak layan video ni, tengok miming mulut filem ni sama dengan lagu...:)

:: LAYAN ::



Monday, December 5, 2011

MALAM KECEMERLANGAN InED 2011

Pada 25 November 2011 jam 7.45 malam, berlangsung Majlis Malam Kecemerlangan InED 2011 di Shah Alam Convention Centre, Selangor. Majlis yang bertemakan Malam Seribu Bintang itu, bertujuan meraikan 603 pelajar Diploma dan Sarjana Muda dari Elektronik Program Pendidikan Jarak Jauh (ePJJ), Pengajian Luar Kampus (PLK) serta pelajar dari Kolej-kolej Bersekutu Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang mendapat ANUGERAH DEKAN sepanjang 3 semester dari Januari 2010 sehingga Mei 2011.

Untuk makluman semua, majlis ini adalah hasil tungkus lumus pelajar Semester Akhir ePJJ Sarjana Muda Komunikasi Massa Kepujian Perhubungan Awam dari Fakulti Komunikasi Massa Dan Pengajian Media, UiTM sebagai latihan praktikal kursus mereka dalam Public Relations Counseling yang dipantau oleh Pensyarah, Prof. Madya Dr. Kiranjit Kaur. Majlis juga dengan kerjasama pihak InED.

Antara tetamu VIP yang hadir, Timbalan Naib Canselor, Bahagian Akademik Dan Antarabangsa UiTM, Professor Dr. Azni Zain Ahmed serta Prof. Madya Dr. Roslani Embi, Pengarah Institut Perkembangan Pendidikan (InED) UiTM dan juga beberapa pensyarah UiTM seperti Encik Mohd Amirul Akhbar Mohd Zulkifli, Encik Ahmad Redzuan dan Prof Dr Mokhtar Muhammad. Dibawah ini antara gambar kenangan yang sempat Alin rakam...:)








 






















Sekian......