Friday, March 9, 2012

NAK ENJOY KE NAK KERJA???

Apa khabar semua!!! Macamana perubahan blog Alin ni??? Ok tak??? Sebenarnya tak siap lagi... banyak yang nak diubah... banyak yang nak ditokok tambah dan pelbagai lagi lah... walau tak siap lagi blog ni... update tetap update ye tak... :) Apa pula cerita kali ni??? NAK ENJOY KE NAK KERJA??? Ha... kali ni Alin nak cerita tentang taman hiburan merangkap peluang pekerjaan. Tentu semua dah tahu Taman Tema Legoland Malaysia yang pertama akan dibangunkan di Johor. Ada ke masih tak tahu? Takpe-takpe kita ulang cerita ye... ASTRO Beyond pun boleh ulang cerita, takkan Alin tak boleh ye tak... hehehe...

Gambar sebelah ni lebih kurang ler rupa taman tema tu apabila siap dibina pada tahun 2013 nanti. Ini adalah salah satu daripada tiga taman antarabangsa yang dirancang bagi negeri Johor, di bawah projek pemangkin yang akan dipacu oleh  Iskandar Investment Bhd (IIB) dalam pelan induk pelancongannya. Dan merupakan taman tema Legoland keenam di dunia selepas Britain, Amerika, Jerman dan Denmark. Ia dibangunkan di atas kawasan seluas 31 hektar dan akan menempatkan permainan menyerupai struktur kepingan Lego yang disasarkan kepada kanak-kanak berusia dua hingga 12 tahun. Turut menempatkan pelbagai binaan bangunan dan kenderaan mini, watak kartun, manusia dan haiwan yang diperbuat daripada 30 juta kepingan Lego.

Kiranya bila dah siap nanti, boleh ler mak bapak bawak anak-anak kecil bercuti sambil berhibur di taman ni. Tak perlu risau mana nak tinggal sepanjang berada disini, sebab akan ada kemudahan hotel, resort, runcit, hiburan dan kedai makanan serta minuman bertaraf antarabangsa. Ini seperti yang dimaklumkan Pengarah Urusan IIB, Arlida Ariff.

Selain itu, apabila Legoland mula beroperasi nanti, sebanyak 950 peluang pekerjaan akan ditawarkan terutama kepada warga tempatan. Wah!!! ok jugak ek kepada mereka yang minat sangat mencari kerja di tempat-tempat seumpama ini. Kalau yang dah berkeluarga tu, anak-anak pi sekolah, mak bapak pulak hari-hari enjoy di Legoland ni... hahaha!!! Kata Ketua Pegawai Eksekutif IDR Resorts, Zainal Ashikin Muhammad Rejab, tahun ini sahaja, 50 pekerja profesional akan dilantik bagi menyelesaikan urusan praoperasi. Manakala baki 900 lagi akan dilantik tahun depan menjelang perasmian taman tema itu nanti. Antara peluang pekerjaan yang ditawarkan seperti pekerja penyenggaraan, penyelia permainan, renjer taman tema, penghibur dan pekerja di bahagian peruncitan dan restoran. Apa lagi!!! yang minat dan yang nak saja cuba-cuba cepat-cepatlah pi mohon ye.

Sekian dulu dari Alin, bye bye!!!


Sumber : BERNAMA dan UTUSAN MALAYSIA


Alin Xiaojie



No comments: