Monday, December 5, 2011

MALAM KECEMERLANGAN InED 2011

Pada 25 November 2011 jam 7.45 malam, berlangsung Majlis Malam Kecemerlangan InED 2011 di Shah Alam Convention Centre, Selangor. Majlis yang bertemakan Malam Seribu Bintang itu, bertujuan meraikan 603 pelajar Diploma dan Sarjana Muda dari Elektronik Program Pendidikan Jarak Jauh (ePJJ), Pengajian Luar Kampus (PLK) serta pelajar dari Kolej-kolej Bersekutu Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang mendapat ANUGERAH DEKAN sepanjang 3 semester dari Januari 2010 sehingga Mei 2011.

Untuk makluman semua, majlis ini adalah hasil tungkus lumus pelajar Semester Akhir ePJJ Sarjana Muda Komunikasi Massa Kepujian Perhubungan Awam dari Fakulti Komunikasi Massa Dan Pengajian Media, UiTM sebagai latihan praktikal kursus mereka dalam Public Relations Counseling yang dipantau oleh Pensyarah, Prof. Madya Dr. Kiranjit Kaur. Majlis juga dengan kerjasama pihak InED.

Antara tetamu VIP yang hadir, Timbalan Naib Canselor, Bahagian Akademik Dan Antarabangsa UiTM, Professor Dr. Azni Zain Ahmed serta Prof. Madya Dr. Roslani Embi, Pengarah Institut Perkembangan Pendidikan (InED) UiTM dan juga beberapa pensyarah UiTM seperti Encik Mohd Amirul Akhbar Mohd Zulkifli, Encik Ahmad Redzuan dan Prof Dr Mokhtar Muhammad. Dibawah ini antara gambar kenangan yang sempat Alin rakam...:)








 






















Sekian......





No comments: