Showing posts with label JAWATAN KOSONG. Show all posts
Showing posts with label JAWATAN KOSONG. Show all posts

Thursday, October 24, 2013

KERJAYA @ TV ALHIJRAH


AlHijrah Media Corporation pengendali stesen TV AlHijrah adalah sebuah syarikat jaminan Kerajaan Malaysia di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Kami menyajikan teknologi penyiaran yang canggih dengan menjadi Stesen TV Percuma yang berfungsi sepenuhnya dalam teknologi Digital dan Aplikasi Penyiaran Definisi Tinggi yang pertama di Malaysia. Sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangan syarikat, kami sedang mencari calon-calon yang berkelayakan dan berbakat untuk menyertai pasukan TV AlHijrah.


Jawatan : PENERBIT TEKNIKAL

Tarikh Tutup : 7 November 2013


Tanggungjawab : -
 
  • Merancang dan menyelaras keperluan penerbitan dalam setiap rakaman
  • Memberi khidmat dan nasihat dalam setiap penggunaan peralatan
  • Melakukan penyelidikan sebelum satu-satu rakaman itu dijalankan
  • Komunikasi dengan pihak penerbitan serta jabatan lain dalam setiap urusan berkaitan 
  • Melakukan semakan senarai barang pada setiap peralatan sebelum keluar tugasan
  • Menyediakan laporan teknikal bagi sesuatu penerbitan yang lengkap kepada Pengurus Penerbitan Teknikal 
  • Bertanggungjawab dalam setiap penerbitan dalam mahupun diluar semasa rakaman

   

Syarat Kelayakan :-
 
  • STPM atau Diploma dalam teknikal dan penerbitan
  • Sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam industri penyiaran
  • Perlu ada sikap kepimpinan dalam mengetuai satu-satu tugasan
  • Pro-aktif dan mampu untuk bekerja secara bebas
  • Komunikasi yang baik dan kemahiran interpersonal
  • Mempunyai motivasi diri yang tinggi



Jawatan: JURUKAMERA

Tarikh Tutup : 7 November 2013


Tanggungjawab : -
 
  • Melaksanakan setiap tugasan penggambaran harian
  • Berkebolehan untuk membuat penggambaran dengan mendapatkan visual yang baik tanpa arahan dan bekerja secara berpasukan
  • Bersedia untuk membuat pengambaran dengan kemahiran yang pelbagai jika ditugaskan ke luar negara untuk membuat liputan berita ataupun program
  • Bekerjasama dengan penerbit rancangan dalam penambahbaikan setiap visual dan audio
  • Mempunyai sikap dan tanggungjawab yang cekap dalam mengendalikan segala urusan di bawah arahan pemberita dan penerbit
  • Mengaturcara penyusunan peralatan dalam tempoh penggambaran antaranya termasuk tripod, monitor, lampu, kabel dan lain-lain
  • Memastikan setiap peralatan yang dibawa semasa dan selepas penggambaran berada dalam keadaan baik
  • Menjalankan dan melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pegawai atasan dari semasa ke semasa



Syarat Kelayakan :-
 
  • Sijil atau Diploma dalam bidang Fotografi
  • Sekurang-kurangnya 4 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan
  • Pro-aktif dan mampu untuk bekerja secara bebas
  • Pro-aktif dan mampu untuk bekerja secara bebas
  • Mempunyai disiplin tinggi dan kerjasama berpasukan
  • Komunikasi yang baik dan kemahiran interpersonal



Jawatan: JURUTERA AUDIO

Tarikh Tutup : 3 November 2013


Tanggungjawab : -
 
  • Mengendalikan proses rakaman suara
  • Mengendalikan proses suntingan audio dan musik serta adunan terakhir untuk program dalaman terbitan syarikat, promo dan TVC
  • Mengendalikan peralatan rakaman dan adunan secara profesional dan mengikut standad penyiaran yang telah ditetapkan
  • Memastikan semua peralatan sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan tidak mengganggu proses tugasan pasca audio



Syarat Kelayakan :-
 
  • Ijazah Sarjana Muda atau Diploma dalam bidang penerbitan musik dan audio serta pengkhususan teknikal dalam mengendalikan studio rakaman
  • Sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam penerbitan musik dan audio
  • Pengalaman mengendalikan studio rakaman adalah penting
  • Pro-aktif dan mampu untuk bekerja secara bebas
  • Komunikasi yang baik dan kemahiran interpersonal
  • Mempunyai motivasi diri yang tinggi



Jawatan: POLIS BANTUAN (KONSTABEL)

Tarikh Tutup : 24 Oktober 2013


Tanggungjawab : -
 
  • Memastikan persekitaran tempat kerja adalah selamat
  • Memastikan keselamatan dari segi perbuatan merosakkan harta syarikat, kecurian barangan dan memberi perlindungan kepada kakitangan syarikat
  • Merekod dan memantau kawalan keselamatan oleh semua individu yang memasuki premis syarikat
  • Mengendalikan rondaan fizikal berkala pada masa yang ditetapkan di dalam premis
  • Mengemaskini dan memastikan rekod-rekod keselamatan dalam keadaan baik.

   

Syarat Kelayakan :-
 
  • Rakyat Malaysia berumur 25 – 35 tahun (Lelaki/Perempuan)
  • Kelayakan minimum SPM
  • Polis Bantuan adalah digalakkan memohon
  • Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Malayu
  • Boleh bekerja shif
  • Mempunyai kesihatan yang baik
  • Mempunyai kenderaan sendiri

   
 
Peluang pembangunan kerjaya dalam syarikat yang sangat baik. Kami juga menawarkan pakej imbuhan yang menarik kepada calon-calon yang layak.
 
Pemohon yang berminat hendaklah menghantar resume lengkap mereka menyatakan gaji semasa dan dipohon bersama-sama dengan foto saiz pasport (tidak dikembalikan) kepada:
 
Jabatan Sumber Manusia
ALHIJRAH MEDIA CORPORATION (TV AlHijrah)
Kompleks Pusat Islam,
Jalan Perdana,
50480 Kuala Lumpur.
Tel : 03-22601600
Fax : 03-22601566
E-mail : jobs@tvalhijrah.com

Hanya calon yang telah disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.



Wednesday, September 25, 2013

JAWATAN KOSONG MEDIA PRIMA DIGITAL

Interactive Specialist Position @ Media Prima Digital

POSITION: Interactive Specialist

Job scope :
- Operation Interactive TV services
- Graphic Scheduling
- Mobile & Online programming
- to integrate VIZRT with portal
- to work closely with product & innovation department of the Company.
- carrying out any other related tasks/duties/jobs assigned by the Company’s representatives.

Requirement:
- Candidate must possess at least a Diploma or Professional Certificate, specialized in IT & relevant field.
- Required language(s): English, Bahasa Malaysia
- Knowledge in web programming is a credit.
- Applicants should be Malaysian.
- Willing to work shifts and work on Public Holiday
- Posses own transport.
- Available to work in November 2013 onwards.

Only shortlisted candidate will be informed for interview during October 2013 at Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor.

Interested candidates are encouraged to apply online by sending your resume to Media Prima Berhad.


Tuesday, January 15, 2013

UJIBAKAT & SERTAI UPIN & IPIN

Kepada yang ingin menjadi PELAKON TEATER UPIN & IPIN THE MUSICAL (MUSIM 2), jangan lupa sesi uji bakat akan diadakan pada 19 hb Januari 2013 (Sabtu) di Istana Budaya. Uji bakat terbuka kepada yang berumur 6 - 18 tahun. Mestilah Pandai menari, berlakon dan menyanyi. Pendaftaran bermula dari jam 8.30 pagi hingga 12 tengah hari. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi talian 03-61866592 atau 017-XXXXXXX... Elok telefon nombor pejabat 03 tu ye...


Kalau nervous, tak tahu apa yang akan ditanya pada ujibakat tu nanti, silalah dapatkan DVD Upin & Ipin the Musical (Musim 1) di semua cawangan KFC sekarang!!! Produksi nak cari pelakon yang macam dalam DVD tu lah. DVD boleh dibeli dengan harga RM10.60 bagi Ahli Chicky Club dan RM11.90 untuk bukan ahli. Untuk membeli DVD berkenaan, perlulah membuat pembelian Chicky Meal dahulu. Dapatkan yang ORIGINAL!!!


Pelakon yang terpilih nanti akan bersama terlibat dalam Upin & Ipin the Musical yang bakal dipentaskan pada 12 - 21 April 2013, di Panggung Sari, Istana Budaya.



ADA LAGI!!!! Peluang untuk menyertai Team Produksi Upin & Ipin!!


Kepada anda yang berminat dan berbakat dalam penulisan skrip serta memenuhi kriteria yang ditetapkan, bolehlah menghantar :

1. Resume
2. Contoh skrip

ke email :

jobs@lescopaque.com

atau melalui pos ke alamat :

LES' COPAQUE PRODUCTION SDN BHD.
NO. 1, JALAN BOLING PADANG G13/G
SEKSYEN 13
40100 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN

Selamat Berjaya!!!

Alin Xiaojie.



Wednesday, August 1, 2012

Jawatan Kosong SAINS - Syarikat Air Negeri Sembilan.




SAINS - Syarikat Air Negeri Sembilan mempelawa warga yang berminat dan berkelayakan untuk mengemukakan permohonan bagi tujuan mengisi kekosongan jawatan seperti di bawah:

1. ASSISTANT MANAGER (HUMAN RESOURCE & ADMINISTRATION)

Responsibilities:

  • To work organizational and manpower development plan to support a high growth and  dynamic business.  Responsible for recruiting calibre candidates to support the organization’s staffing plan and growth agenda.
  • Drive performance management through tracking of departmental KPIs and managements for individuals.
  • Manage appraisal and reward process.  Develop training structure to support employee development needs.
  • Engineering the refinement of all existing HR policies and procedures.
  • To establish team spirit and healthy company culture among all level of employees through employees relations programs, counseling, coaching and intervention professionally.
  • Responsible for the smooth operations of HR in the Company according to the policy and practices;
  • Implements and monitors compensation, benefits programs and packages to ensure that the company is able to attract and retain good employees;
  • Indentify, plan and manage training and development activities and to ensure that all projects are implemented accordingly to the agreed scope, budget and timeline;
  • Ensure adherence to all relevant employment-related legislations, HR policies, and good practice in order to minimize business risk and promote  industrial harmony;
  • Ensure effective administration of salary (payroll);
  • To liaise with any relevant Government Departments and Local authorities eg.  Labour Office, Immigration, Bomba, Police, DOE, JKKP and other relevant government bodies;
  • Handle the work permit applications and renewals;
  • To perform any other duties as directed by the immediate superior from time to time.



Requirements:

  • Candidate must possess at least a Diploma, Advanced/Higher/Graduate Diploma, Bachelor’s Degree, Post Graduate Diploma, Professional Degree, Human Resource Management or equivalent.
  • At least 6 year(s) of working experience in the related field is required for this position.
  • Required Language: Bahasa Malaysia & English and possess  excellent communication skills, telephone manner and technique and interpersonal skills.
  • Well verse in MS words application: MS Word, Excel and Power Point
  • Applicants must be independent and willing to travel.
  • Full-time position(s) available.


Cara memohon:

Calon yang berminat dijemput menghantarkan resume lengkap ke alamat di bawah:

Human Resource Department,
Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd.,
Tingkat 2, Kompleks PKNNS,
Jalan Persiaran S2 B2,
70300 seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

atau emailkan ke :


Tarikh Tutup Permohonan : 10 August 2012



Tuesday, April 17, 2012

Jawatan Kosong UiTM Johor

Universiti Teknologi MARA Johor mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut di UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA JOHOR, KAMPUS SEGAMAT DAN KAMPUS JOHOR BAHRU.

Tarikh Tutup : 29 APRIL 2012


Tuesday, April 10, 2012

Jawatan Kosong TV Alhijrah

Berminat menjadi sebahagian dari warga TVAlhijrah?

TVAlhijrah menawarkan dua jawatan seperti berikut :


Hantarkan resume anda dalam kadar segera.

Sila catatkan jawatan yang dipohon pada pada ruang subject email.

Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi pihak TVAlhijrah.

Selamat mencuba! :)
Alin Xiaojie

Sumber : TVAlhijrah


Saturday, April 7, 2012

ASTRO JOB FAIR 2012

Jangan lupa untuk menghadiri Pesta Karier Astro, bermula 6 - 7 APRIL 2012 dari jam 9am-5pm, di Westin KL, Bukit Bintang. Pelbagai jawatan menarik menanti anda! Antaranya jawatan kosong di Bahagian Finance, AMP Radio, Production, Astro Awani, Astro Arena, Freelance Broadcast Journalist dan pelbagai lagi jawatan menarik.

Semoga berjaya,

Alin Xiaojie

Friday, September 23, 2011

PELUANG KERJAYA BERSAMA MARA


Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mempelawa individu-individu yang berkelayakan, inovasi, berfikiran dinamik, berkeyakinan tinggi, berdisiplin dan berdedikasi serta boleh menyumbang ke arah kecemerlangan MARA untuk mengisi jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di Institusiinstitusi Pendidikan MARA (IPMa).

SKIM PERKHIDMATAN: PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH

KLASIFIKASI: PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

Calon mestilah mempunyai keperibadian yang sesuai dan sedia berkhidmat sebagai pendidik yang berpengetahuan, berkemahiran dalam mengajar dan mendidik,serta menyerlahkan kebolehan berfungsi sebagai guru berkualiti dan terbaik.

Pemohon mestilah mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengkhususan yang tepat dan sesuai dengan subjek/bidang yang dipohon :-

Bidang /Subjek :

• Bahasa Melayu
• Bahasa Inggeris
• Bimbingan & Kaunseling
• Bahasa Mandarin
• Sejarah
• Bahasa Perancis
• Geografi
• Bahasa Russia
• Matematik
• Bahasa Jepun
• Perakaunan
• Kemahiran Hidup
• Biologi
• Sains Komputer
• Fizik
• Pendidikan Jasmani & Kesihatan
• Kimia
• Pendidikan Islam/Tassawur
• Pendidikan Senireka/Reka Grafik
• Islamic Economic
• Pengajian Hafazan (Tahfiz)
• Media

Setiap permohonan jawatan akan disemak dan ditapis mengikut kelulusan yang bersesuaian dengan subjek pengajaran yang ditawarkan di Institut Pendidikan MARA (IPMa).

TARIKH TUTUP :
7 OKTOBER 2011


CARA PELAKSANAAN:

Saringan I
Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria tertentu yang telah ditetapkan mengikut kelayakan yang sesuai dengan bidang pengajaran /subjek yang dipohon.
Hanya permohonan yang mengikut dan menepati syarat-syarat lantikan sahaja akan diproses.
Permohonan yang berjaya dikehendaki menduduki Ujian Kecenderungan Keguruan dan Yuran peperiksaan akan dikenakan kepada calon.
Sila semak laman web www.mara.gov.my dari semasa ke semasa bagi mengetahui status permohonan yang berjaya.

Saringan II
Calon - calon yang melepasi Ujian Kecenderungan Keguruan dan berkelayakan sahaja akan dihubungi melalui laman web untuk sesi penilaian amali pengajaran dalam kelas (micro teaching) dan sesi temuduga.
Mereka yang tidak dihubungi dalam masa tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan di keluarkan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.
Calon memohon sebagai Guru Pengajian Hafazan, hendaklah mempunyai kelayakan Sijil Hafazan/Tahfiz dari Institut Pengajian yang diiktiraf.

A. SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a. Warganegara Malaysia;

b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c. Kelayakan :

i. ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi – institutsi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; atau

ii. ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi–institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: P1T4) RM1967.20 ; atau

iii. ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi–institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: P1T6) ; atau

iv. ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi–institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: P1T10: 

bagi ijazah Sarjana Muda Perakaunan serta menjadi ahli Penuh Badan – badan Iktisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan : P1T11: dan Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia:P1T12):

d. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

e. Calon-calon yang tidak memiliki ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan atau Diploma Pendidikan tetapi memiliki kelayakan pengkhususan seperti yang dinyatakan di atas boleh memohon. Calon-calon yang berjaya sahaja akan dilantik secara perkhidmatan Sementara/Kontrak atas lantikan Gred DC41.

Jadual Gaji : P1T1 RM 1598.44 – P1T10 RM 2354.05


Gaji Permulaan :

Ijazah Sarjana Muda Kepujian:
Gred DC41: P1T5 RM 1901.80

Ijazah Sarjana Muda Am:
Gred DC41: P1T3 RM 1720.90

Pemohon mestilah mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengkhususan yang tepat dan sesuai dengan bidang atau subjek yang dipohon.


B. TARAF JAWATAN: Tetap / Sementara / Kontrak


C. CARA MEMOHON:

i. Permohonan hendaklah dibuat secara online/ dalam talian yang boleh dilayari melalui laman web MARA iaitu www.mara.gov.my.

ii. Tarikh tutup permohonan pada 7 Oktober 2011.

iii. Calon-calon yang terdiri daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan terlebih dahulu dan mendapat surat pengesahan perlepasan sekiranya pegawai ditawarkan ke jawatan yang dipohon. Sila bawa bersama dokumen Kenyataan Perkhidmatan, Laporan Prestasi Tahunan terkini dan Pengesahan Bebas Kesalahan Tatatertib semasa sesi temu duga.

iv. Bagi kakitangan yang sedang berkhidmat dengan MARA semua salinan sijil-sijil kelulusan yang disahkan dan lain-lain keterangan peribadi beserta LAPORAN SULIT KHAS yang di meteri oleh Ketua Jabatan masing-masing hendaklah dibawa semasa temuduga.

v. Pemohon yang mempunyai kelayakan Sijil / Diploma / Ijazah dari Institusi Luar Negara  dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah membuat semakan pengiktirafan kelayakan melalui laman web JPA iaitu : www.jpa.gov.my dan hendaklah mengemukakan salinan pengiktirafan tersebut semasa temu duga nanti.


D. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN:

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.


E. UMUR :

i. Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup.

ii. Pegawai sedang berkhidmat yang layak hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


F. UJIAN KHAS:

i. Hanya calon – calon yang telah disenarai pendek yang menepati syarat – syarat permohonan sahaja akan dipanggil untuk menduduki ujian kecenderungan keguruan.

ii. Calon yang berjaya akan dimaklumkan melalui laman web bagi mengetahui tempat menduduki ujian tersebut yang akan diadakan di Institusi Pendidikan MARA (IPMa).

iii. Calon yang berjaya dikehendaki membayar yuran peperiksaan. (Kaedah pembayaran dan jumlah yuran akan dimaklumkan dalam tawaran menduduki ujian)


G. PERTANYAAN:

Sebarang pertanyaan dan masalah mengenai permohonan jawatan ini, boleh dimaklumkan ke Unit Pengambilan & Penempatan dengan menghubungi talian utama MARA 03 2613 2000 sambungan 34425/34434/39041.

“ Keusahawanan dan Pendidikan Global ”


Jika berminat sila lengkapkan permohonan jawatan secara online di laman web MARA

www.mara.gov.my

atau terus ke

online.mara.gov.my/vacancy


TARIKH TUTUP :
7 OKTOBER 2011


Monday, March 21, 2011

IRFAN KHAIRI MENCARI KREW IKSB


IKSB (Irfan Khairi Sdn Bhd) sedang dalam proses menubuhkan satu cawangan pejabat di kawasan Mutiara Damansara (berhampiran dengan Curve, Ikea & Tesco). Mereka kini sedang mencari krew IKSB terbaru untuk memenuhi beberapa jawatan. Sila klick link bawah ini untuk maklumat lanjut :

Wednesday, February 23, 2011

ALHIJRAH - USIM


Dimaklumkan pihak AlHijrah Media Corporation akan mengadakan sesi ujibakat kepada bakal graduan dan alumni USIM yang berbakat dalam pelbagai bidang untuk menyertai stesen televisyen AlHijrah.

Tarikh, masa dan tempat ujibakat tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh   : 12 Oktober 2011 (Rabu)
Masa   : 10.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Galeri Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Semua pelajar yang berminat dijemput hadir.

Monday, February 7, 2011

UPDATED JOBS VACANCIES 7/2/2011

Peluang pekerjaan terkini, kepada yang berminat memohon, sila nyatakan Jabatan apa serta jawatan apa, dan emailkan kepada Alin. Nanti Alin emailkan semula syarat-syarat serta gaji dia. Sila klik link di bawah untuk melihat jawatan kosong terkini.