Friday, October 12, 2012

MISI 33 SELANGOR DAN AZAM KELANTAN


Dah lama Alin tak update blog. Tiba-tiba rasa nak update blog tentang bola pulak. Takpe naaa..... 

Kali ini Alin nak cerita mengenai debaran SEPARUH AKHIR KEDUA PIALA MALAYSIA 2012 antara SELANGOR dan KELANTAN di Stadium Shah Alam jam 8.45 malam ini. Pada perlawanan separuh akhir pertama 6 Oktober lalu, kedua-dua pasukan ini bermain di Stadium Sultan Muhammad ke IV, selaku KELANTAN sebagai tuan rumah. Malam ni tiba giliran SELANGOR menerima kunjungan KELANTAN. Secara imbas, SELANGOR melayakkan diri ke separuh akhir selepas menewaskan pasukan JOHOR FC manakala KELANTAN menewaskan pasukan FELDA UNITED. Okey sekarang mari kita tengok rekod pertemuan antara Selangor dengan Kelantan di bawah ni :

Rekod pertemuan antara Selangor dengan Kelantan

Pada rekod pertemuan perlawanan antara SELANGOR dan KELANTAN sebelum ini, KELANTAN lima kali menang, seri sekali dan kalah sekali dengan SELANGOR bermula dari tahun 2011. KELANTAN dilihatkan sebagai pilihan untuk layak ke perlawanan Akhir Piala Malaysia 2012. Lebih-lebih lagi KELANTAN dikatakan pasukan paling konsisten sepanjang musim ini ditambah dengan kejuaraan Liga Super dan Piala FA. Manakala untuk ke pentas final, Red Giants perlu memperbaiki beberapa kelemahan bagi memastikan Misi 33 selangkah bakal menjadi kenyataan. Cuma satu aje... Alin tak suka benarlah sikap Jurulatih Selangor, IRFAN BAKTI ABU SALIM yang kadangkala bila bercakap macam orang BONGKAK. Tapi... mungkin itu sudah cara dia... dan mungkin sikap BONGKAK itu lah yang telah berjaya membawa SELANGOR sehingga ke peringkat SEPARUH AKHIR PIALA MALAYSIA. Apapun tahniah pada IRFAN BAKTI kerana keazaman untuk memastikan SELANGOR mencapai misinya hanya tinggal satu cabaran sahaja lagi. 

Kesimpulannya, pasukan manakah akan bertemu ATM pada perlawanan akhir PIALA MALAYSIA 2012 nanti? Adakah SELANGOR berjaya memadamkan defisit satu gol dimiliki KELANTAN dan mara setapak lagi bagi mencapai misi 33 sekaligus menamatkan kemarau enam musim gagal menjulang piala berprestij ini??? Atau KELANTAN yang sudah selesa berbekalkan kemenangan 1 - 0 pada perlawanan tempoh hari??? Jawapannya hanya selepas 90 minit perlawanan malam ini.


P/S : Adoi!!! Nak sokong SELANGOR ke KELANTAN ni??? Hajat hati nak sokong SELANGOR sebab bos kecik orang SELANGOR lagipun dah lama SELANGOR tunggu nak julang PIALA MALAYSIA ni... tapi big bos besar pulak orang KELANTAN!!!  Ayo yo!!! Susah-susah sebelum debaran ni membuatkan den rasa macam nak gugur jantung, eloklah malam ni den layan DVD Hindustan, tengah malam karang baru tengok keputusan... hehehe!!! Boleh gitu???!!! Haih! Ontahlah... Rasanya kena layan jugak bola malam ni... walaupun "Jang" dah kata "Musuhnya habis ke Final"... huhuhu!!!


Alin Xiaojie



No comments: