Monday, April 23, 2012

MUET RESULT SESI MAC KHAMIS INI



Menurut Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), keputusan Malaysian University English Test (MUET) bagi Sesi Mac tahun 2012 akan dikeluarkan pada Khamis ini iaitu 26 April 2012.

Calon yang mendaftar di sekolah atau institusi boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah atau institusi masing-masing mulai pukul 10 pagi manakala calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos.

Calon boleh menyemak keputusan ujian mereka menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip MUET RESULT dan hantarkan ke 15888, mulai pukul 12:01 tengah malam 26 April 2012 dan melalui sistem dalam talian dengan melayari portal MPM iaitu http://www.mpm.edu.my mulai pukul 9 pagi pada tarikh tersebut.

Sementara itu, calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET dengan bayaran RM70 dan tarikh tutup rayuan semakan itu ialah pada 3 Mei 2012.

Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman web MPM : www.mpm.edu.my


Sekian,

Alin Xiaojie

Sumber : BERNAMA

No comments: