Wednesday, September 14, 2011

Biskut Munchy's Haram?


Rakan2 Alin Blog,

Ada terima sms tak tentang biskut Munchy's yang dikatakan haram? Adoi!!! Alin pun sama, dari kakak kat Shah Alam nun tu pun dapat sms sama dan sebarkan pada Alin. Janganlah macam tu... sikit punya sedap biskut dari company ni... SMS yang Alin dapat tu lebih kurang macam ni :

"TERKINI : JAKIM TELAH MEMBUAT SERBUAN KE ATAS KILANG MUNCHY'S, BATU PAHAT DAN MENEMUI STOR ARAK. BOSS NYA DENGAN RASA BANGGA DAN RASA TAK BERSALAH MENGATAKAN ARAK TERSEBUT UNTUK DICAMPUR KE DALAM BISKUT... TOLONG SEBARKAN MAKLUMAT INI KEPADA SEISLAM DAN KEPENTINGAN UMAT ISLAM. ~ dari PEGAWAI JAKIM, HAJI JALIL BIN RAIHAN (JAKIM PUTRAJAYA)."

Siannya korang semua yang terlampau minat ngan biskut ni.... tapi.... baca sampai habis ek... Sekarang kan teknologi dihujung jari.... Maka Alin terjumpalah satu kenyataan media dari JAKIM ni :



KENYATAAN MEDIA BERKENAAN PENYEBARAN SMS PALSU BISKUT MUNCHYS


Rabu, 14 September 2011 00:43


1. JAKIM Melalui Bahagian Hab Halal Menerima Banyak Pertanyaan Dan Aduan Berhubung Sms Yang Menyatakan "JAKIM Telah Membuat Serbuan Ke Atas Kilang Munchys Di Batu Pahat Dan Menemui Stor Arak".


2. Adalah Dimaklumkan Bahawa JAKIM Tidak Pernah Melakukan Serbuan Seperti Yang Didakwa Dan Di Sini Juga, JAKIM Ingin Menafikan Kewujudan Pegawai Yang Menghantar Sms Tersebut Adalah Pegawai JAKIM Di Putrajaya.


3. Sukacita Dimaklumkan, Produk Yang Dikeluarkan Oleh Kilang Munchys Di Batu Pahat Telah Mendapat Sijil Pengesahan Halal Dari JAKIM Yang Masih Sah Sehingga 31 Julai 2013.


4. Justeru JAKIM Menasihatkan Kepada Semua Pengguna Agar Merujuk Kepada Portal Halal Di Www.Halal.Gov.My Untuk Pengesahan.


Sekian, Terima Kasih.


So, kepada rakan-rakan Alin Blog sekalian, nampaknya bolehlah sambung makan biskut ni... Ntah2 masa baca artikel ni pun korang tengah makan biskut Munchy's kan... hehehe.... 









No comments: