Tuesday, September 13, 2011

Buat Blog

Apa khabar rakan Alin Blog,

Bagaimana sambutan raya lalu? Mesti seronok dan meriah kan? Sekarang ni pun sana sini sedang buat rumah terbuka, pejabat terbuka, persatuan terbuka... hehehe... macam tak kena je ayat ni... Dan ada yang dah tak fikir tentang raya dah... dok pikiak tang keje je. Alin pun dah mula keje... dah mula kerja? errr... masa raya pun dah keje pastu sambung cuti, tapi cuti domam... :)

Cakap pasal kerja, sepertimana yang kita semua tahu, ramai orang sudah pandai mengambil peluang atas kemahiran diri masing-masing dengan menjadikannya sebagai sumber pendapatan sampingan. Macam tu jugaklah Alin, bisnes lagu mana pun, pi mai pi mai mana pun, tang yang ni jugak minat Alin, iaitu membuat blog. Tak mahal Alin charge, RM100 aje setiap satu blog. Kalau nak updatekan tapi tak tahu, Alin pun boleh tolong updatekan selepas itu dengan bayaran RM50 sahaja sekali update... Cantik tak cantik walaupun belakang kira, tapi Alin tetap berkira, janji customer puashati.

Jadi.... ish banyak sangat jadi nya... yang pasti memang dah siap blog dari customer Alin ni, cuma sebelum dipersembahkan pada esok hari, Alin nak minta rakan-rakan semua komen lah mana patut supaya Alin boleh memperbaiki blog tersebut sebelum diserahkan kepada tuan empunya. Haaa... ni dia :


Yang ni asal tuan punya blog tu...
nak tengok live kat sini :



Yang ni pula Alin designkan semula...
kalau nak tengok live kat sini :

Rakan-rakan Alin, silalah komen ek, tak kisahlah rakan-rakan nak komen lagu mana, janji Alin faham, kalau ok dah blog ni, Alin bolehlah serahkan dengan hati yang tenang pada tuan punya esok hari...:)

Itu saje, esok Alin updatekan pula jawatan kosong yek. Jangan lupa tau esok singgah sini lagi. Mana tahu ada jawatan yang berkenan ke..... bye bye!!!!


Yang ikhlas,







1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum ,da lama jgk rupenyer assyaima.net ny menipu yer. sy baru tefikir nak beli. siap da whatsApp lagi, bile da whatsApp tunggu die reply mmg lama. sy cuma tefikir yg dia busy. sokayh sy boleh tunggu. tp bila da reply mcm nak xnak je layan. tanye panjang2 jeler, satu patah aje yg di jawab. sy pun xde mood nk borong.ade jgk yg ditanye lain,lain pulak yg dijawab. sy terus xjadi nak borong. sbb nmpak sgt diorang xserious beniaga.
Alhamdulillah sy xsmpat jd mangsa penipuan dorg. terima kasih alin sbb bukak hati sy dri pandang benda2 online ny.