Friday, September 23, 2011

PELUANG KERJAYA BERSAMA MARA


Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mempelawa individu-individu yang berkelayakan, inovasi, berfikiran dinamik, berkeyakinan tinggi, berdisiplin dan berdedikasi serta boleh menyumbang ke arah kecemerlangan MARA untuk mengisi jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di Institusiinstitusi Pendidikan MARA (IPMa).

SKIM PERKHIDMATAN: PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH

KLASIFIKASI: PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

Calon mestilah mempunyai keperibadian yang sesuai dan sedia berkhidmat sebagai pendidik yang berpengetahuan, berkemahiran dalam mengajar dan mendidik,serta menyerlahkan kebolehan berfungsi sebagai guru berkualiti dan terbaik.

Pemohon mestilah mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengkhususan yang tepat dan sesuai dengan subjek/bidang yang dipohon :-

Bidang /Subjek :

• Bahasa Melayu
• Bahasa Inggeris
• Bimbingan & Kaunseling
• Bahasa Mandarin
• Sejarah
• Bahasa Perancis
• Geografi
• Bahasa Russia
• Matematik
• Bahasa Jepun
• Perakaunan
• Kemahiran Hidup
• Biologi
• Sains Komputer
• Fizik
• Pendidikan Jasmani & Kesihatan
• Kimia
• Pendidikan Islam/Tassawur
• Pendidikan Senireka/Reka Grafik
• Islamic Economic
• Pengajian Hafazan (Tahfiz)
• Media

Setiap permohonan jawatan akan disemak dan ditapis mengikut kelulusan yang bersesuaian dengan subjek pengajaran yang ditawarkan di Institut Pendidikan MARA (IPMa).

TARIKH TUTUP :
7 OKTOBER 2011


CARA PELAKSANAAN:

Saringan I
Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria-kriteria tertentu yang telah ditetapkan mengikut kelayakan yang sesuai dengan bidang pengajaran /subjek yang dipohon.
Hanya permohonan yang mengikut dan menepati syarat-syarat lantikan sahaja akan diproses.
Permohonan yang berjaya dikehendaki menduduki Ujian Kecenderungan Keguruan dan Yuran peperiksaan akan dikenakan kepada calon.
Sila semak laman web www.mara.gov.my dari semasa ke semasa bagi mengetahui status permohonan yang berjaya.

Saringan II
Calon - calon yang melepasi Ujian Kecenderungan Keguruan dan berkelayakan sahaja akan dihubungi melalui laman web untuk sesi penilaian amali pengajaran dalam kelas (micro teaching) dan sesi temuduga.
Mereka yang tidak dihubungi dalam masa tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan di keluarkan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.
Calon memohon sebagai Guru Pengajian Hafazan, hendaklah mempunyai kelayakan Sijil Hafazan/Tahfiz dari Institut Pengajian yang diiktiraf.

A. SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

a. Warganegara Malaysia;

b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c. Kelayakan :

i. ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi – institutsi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; atau

ii. ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi–institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: P1T4) RM1967.20 ; atau

iii. ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi–institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: P1T6) ; atau

iv. ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi–institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.


(Gaji permulaan ialah pada Gred DG41: P1T10: 

bagi ijazah Sarjana Muda Perakaunan serta menjadi ahli Penuh Badan – badan Iktisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan : P1T11: dan Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia:P1T12):

d. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

e. Calon-calon yang tidak memiliki ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan atau Diploma Pendidikan tetapi memiliki kelayakan pengkhususan seperti yang dinyatakan di atas boleh memohon. Calon-calon yang berjaya sahaja akan dilantik secara perkhidmatan Sementara/Kontrak atas lantikan Gred DC41.

Jadual Gaji : P1T1 RM 1598.44 – P1T10 RM 2354.05


Gaji Permulaan :

Ijazah Sarjana Muda Kepujian:
Gred DC41: P1T5 RM 1901.80

Ijazah Sarjana Muda Am:
Gred DC41: P1T3 RM 1720.90

Pemohon mestilah mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengkhususan yang tepat dan sesuai dengan bidang atau subjek yang dipohon.


B. TARAF JAWATAN: Tetap / Sementara / Kontrak


C. CARA MEMOHON:

i. Permohonan hendaklah dibuat secara online/ dalam talian yang boleh dilayari melalui laman web MARA iaitu www.mara.gov.my.

ii. Tarikh tutup permohonan pada 7 Oktober 2011.

iii. Calon-calon yang terdiri daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan terlebih dahulu dan mendapat surat pengesahan perlepasan sekiranya pegawai ditawarkan ke jawatan yang dipohon. Sila bawa bersama dokumen Kenyataan Perkhidmatan, Laporan Prestasi Tahunan terkini dan Pengesahan Bebas Kesalahan Tatatertib semasa sesi temu duga.

iv. Bagi kakitangan yang sedang berkhidmat dengan MARA semua salinan sijil-sijil kelulusan yang disahkan dan lain-lain keterangan peribadi beserta LAPORAN SULIT KHAS yang di meteri oleh Ketua Jabatan masing-masing hendaklah dibawa semasa temuduga.

v. Pemohon yang mempunyai kelayakan Sijil / Diploma / Ijazah dari Institusi Luar Negara  dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah membuat semakan pengiktirafan kelayakan melalui laman web JPA iaitu : www.jpa.gov.my dan hendaklah mengemukakan salinan pengiktirafan tersebut semasa temu duga nanti.


D. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN:

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.


E. UMUR :

i. Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan ditutup.

ii. Pegawai sedang berkhidmat yang layak hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


F. UJIAN KHAS:

i. Hanya calon – calon yang telah disenarai pendek yang menepati syarat – syarat permohonan sahaja akan dipanggil untuk menduduki ujian kecenderungan keguruan.

ii. Calon yang berjaya akan dimaklumkan melalui laman web bagi mengetahui tempat menduduki ujian tersebut yang akan diadakan di Institusi Pendidikan MARA (IPMa).

iii. Calon yang berjaya dikehendaki membayar yuran peperiksaan. (Kaedah pembayaran dan jumlah yuran akan dimaklumkan dalam tawaran menduduki ujian)


G. PERTANYAAN:

Sebarang pertanyaan dan masalah mengenai permohonan jawatan ini, boleh dimaklumkan ke Unit Pengambilan & Penempatan dengan menghubungi talian utama MARA 03 2613 2000 sambungan 34425/34434/39041.

“ Keusahawanan dan Pendidikan Global ”


Jika berminat sila lengkapkan permohonan jawatan secara online di laman web MARA

www.mara.gov.my

atau terus ke

online.mara.gov.my/vacancy


TARIKH TUTUP :
7 OKTOBER 2011


No comments: