Tuesday, July 26, 2011

PERGINYA SUDAH TIDAK KEMBALI LAGI


Al-FATIHAH - Seawal jam 4.00 pagi tadi, menerima panggilan dengan pengkhabaran adik Damia telah meninggal dunia. Salam takziah kepada keluarga arwah adik Damia di atas pemergiaannya ke Rahmatullah. Allah swt lebih menyayanginya….



CORETAN SEBELUM INI:

Pagi itu adik Noraishah Damia, duduk bersila sambil menadah kedua tangannya memohon kehadrat Allah swt dengan nada yang amat menyentuh hati kedua ibubapanya.

“Ya Allah, ambillah nyawa mia ketika mia sedang tidur”

Berlinangan airmata kedua ibubapanya melihat keadaan anaknya yang sebegitu. Seakan terputus tangkai jantungnya apabila mendengar kata-kata mia. Runtun hatinya apabila anak sekecil itu seakan seperti patah semangat untuk meneruskan kehidupan. Di tambah pula apabila Damia menyatakan pada ibunya ingin pergi jauh ikut nenek ….airmata si ibu semakin deras mengalir, lantas anak kecil itu dipeluk erat terlalu sayu hatinya….

Noraishah Damia disahkan mengalami ketumbuhan di pangkal otaknya yang kini sudah sebesar 5 cm. Menurut ayahnya Mohd Khairullah Haji Abdul Latif, atas nasihat doktor pembedahan tidak boleh dilakukan memandangkan ia boleh melibatkan banyak urat-urat saraf di bahagian otaknya. Apatah lagi dengan usia Damia yang baru mencecah empat tahun untuk melakukan kimotrapi pun tiada dayanya untuk melawan tahap kepanasan sepanjang proses rawatan itu nanti. 

Bagaimanapun menurut ayahnya, Damia Cuma akan melakukan proses rawatan radiotrafi sebanyak 30 sesi setiap hari dalam tempoh dua bulan lagi yang dijangkakan kesembuhannya adalah 50/50. Walaupun begitu ayahnya menyandarkan harapan agar setidak-tidaknya rawatan yang dilakukan itu nanti boleh mematikan kuman-kuman dari terus merebak ke bahagian lain.

Menurut Mohd Khairullah, sementara menunggu tempoh dua bulan lagi untuk rawatan itu, beliau akan berusaha untuk mengubati Damia dengan cara perubatan hemopati yang telahpun dimulakan sejak seminggu lalu dan akan merujuk ke bahagian pakarnya pula di Sarawak dalam jangkamasa terdekat ini yang memerlukan proses rawatan selama lima hari.

“Selagi boleh berusaha saya akan berusaha demi kesembuhan anak saya di samping berdoa ke hadrat Allah swt. Tidak tertangis rasanya setiap lagi mengenangkan nasib Damia yang masih terlalu kecil untuk menanggung penderitaan ini,” katanya.

Mohd Khairullah berkata, penyakit Damia mula dikesan apabila pada mulanya melihat mulutnya sengit ke kiri dengan air liurnya meleleh dan percakapannya pula mulai pelat. Sedangkan sebelum ini dia merupakan seorang anak yang cergas dan pandai bercakap.
“Saya menyangkakan Damia sengaja bercakap pelat dan menyengetkan mulutnya, dan saya memarahinya supaya jangan terus berkelakuan begitu, tapi dia mendiamkan dirinya.

Dua minggu kemudian saya melihat keadaan matanya pula juling dan saya mulai menyedari ada sesuatu berlaku pada diri Damia, kemudian bergegas membawanya membuat pemeriksaan di klinik yang berhampiran.

Doktor di klinik menyatakan ada kaitan dengan urat saraf dan menasihatkan kami merujuk masalah ini ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban dan jawapan yang diterima mengenai penyakit Damia tetap serupa,” katanya.

Bagaimanapun, dua hari selepas membawa Damia ke hospital, perasaan Mohd Khairullah dan isteri masih tidak tenteram terutama apabila keadaan fizikal Damia menampakkan perubahan kritikal apabila bahagian kakinya seperti tidak boleh berdiri dengan betul. Lantas tanpa bertangguh, beliau sekali lagi membawa Damia ke Hosptial Tuanku Ja’afar Seremban di bahagian rawatan kecemasan.

“Anak kami ditahan di wad dan sepanjang empat hari Damia diperiksa rapi dengan menggunakan MRI dan scan, barulah dapat dikesan ketumbuhan yang dialaminya itu,” katanya.

Susulan daripada itu, Damia dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan lanjutan dan diletakkan di Unit Radiotrafi.

Di atas keprihatian dengan penderitaan yang dialami oleh adik Damia serta keluarganya, Raja Datin Seri Salbiah binti Tengku Nujumudin iaitu isteri Menteri Besar Negeri Sembilan menyampaikan sumbangan peribadi beliau untuk meringankan beban kewangan sepanjang menerima rawatan.

Beliau yang juga Pengerusi NCWO Negeri Sembilan turut menyampaikan sumbangan melalui persatuan dan juga gabungannya iaitu PEKERTI DAN PUSPANITA.




Sumber : Juriyati Mat Jalil, Pegawai Akhar kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB. Datuk Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan.


Tak tahan sebak bila Alin baca kisah sedih ni. Lebih sebak dan terperanjat ketika Alin amati betul-betul gambar ibu Damia (berbaju hitam). Ya Allah! Kawan Alin rupanya! Dah lama tak jumpa dia. Moga Shidah tabah hadapi dugaan ini. Al-Fatihah.....


Alin Xiaojie Blog





No comments: