Tuesday, January 25, 2011

UJIBAKAT TEATER RANDAI KABA KASIH MENANTI


Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan akan mementaskan sebuah Teater Randai bertajuk "KABA KASIH MENANTI". Pementasan dijadualkan pada bulan Mei 2011. Sehubungan itu, Jabatan ini akan mengadakan satu sesi ujibakat untuk mencari pelakon teater berkenaan pada :

29 JANUARI 2011, SABTU

JAM 10.00 PAGI - 5.00 PETANG

DI AUDITORIUM, JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA, NEGERI SEMBILAN.

SYARAT-SYARAT :

1. Terbuka kepada lelaki dan perempuan berumur 7 hingga 60 tahun.

2. Keutamaan diberikan kepada warganegara Malaysia yang menetap di Negeri Sembilan.

3. Mempunyai pengalaman dalam bidang lakonan pentas.


Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Puan Norazlina Othman atau Encik Mohamad Zaidi Yasnon di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan melalui talian 06-7636308 atau 06-7676793.


MOGA BERJAYA!!!!!







No comments: