Sunday, January 23, 2011

TAHNIAH AZWALIZA AZMAN

gambar ini sekitar perkahwinan azwaliza azman, pengacara TV3
yang ditweet siti menerusi twitternya....


Salam, Tahniah di ucapkan kepada penyampai berita TV3 iaitu Azwaliza Azman atau lebih mesra dengan nama Wawa, kerana telah selamat di nikahkan bersama pasangannya Kadir Rashid, 33, yang merupakan pengarah eksekutif sebuah syarikat swasta. Berikut serba sedikit petikan berita dari myMetro :

KUALA LUMPUR: Personaliti televisyen, Azwaliza Azman, 30, mendapat kejutan di majlis pernikahannya apabila menerima wang hantaran berjumlah RM50,000 dan mas kahwin RM20,000 daripada suaminya, Abdul Kadir Abdul Rashid, 32.

Azwaliza yang bertunang dengan Kadir, ahli perniagaan dan bekas pengurus kumpulan Ruffedge lebih setahun lalu, selamat dinikahkan jurunikah dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Haiyazid Mohammad di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Ternyata wang hantaran dan mas kahwin diterima setinggi itu mengejutkan Azwaliza kerana mengikut perjanjian awal sewaktu majlis pertunangan diadakan, keluarga kedua-dua pihak bersetuju menjadikan senaskah al-Quran sebagai hantaran utama dan tiada jumlah wang disebut.

“Saya tidak sangka di majlis pernikahan kami, saya menerima senaskhah al- Quran dan wang tunai RM70,000. Begitulah suami, suka membuat kejutan.

“Bila saya tanya mengapa, katanya ia hadiah daripadanya untuk saya,” katanya yang kelihatan anggun dengan persalinan kurung moden berwarna putih.

antara cenderahati yang diberikan kepada tetamu...


No comments: